top of page

ABOUT SJK (T) Ladang Sungai Kelamah

Head of School's Welcome,


I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me and you can start adding your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.

This is a great space to write long text about your company and your services. You can use this space to go into a little more detail about your company. Talk about your team and what services you provide. Tell your visitors the story of how you came up with the idea for your business and what makes you different from your competitors. Make your company stand out and show your visitors who you are. Tip: Add your own image by double clicking the image and clicking Change Image.



Sincerely,



Dr. Richard Weiner
​Head of School

Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan.berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sejarah Sekolah

SJKT LDG. SG. KELAMAH telah dibina pada tahun 1948. Pada mulanya bangunan sekolah ini berbentuk seperti rumah. Sekolah ini ditubuhkan oleh Pengurus ladang iaitu En.R.V. Dubaalian. Pada masa itu, dengan usaha beliau sekolah ini dimulakan dengan seramai 15 orang murid seorang guru. En.Vadivelu adalah Guru Besar pertama sekolah ini dan berkhidmat selama 5 tahun. Selepas beliau, En.Taruman menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada masa itu, seramai 35 murid belajar di sekolah ini. En.Taruman berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Seterusnya En.Narayanan menjadi Guru Besar di sekolah ini, pada masa itu seramai 40 murid belajar di sekolah ini. Beliau juga berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Dengan hasil usaha beliau, sekolah ini mendapat bangunan baru. Selepas beliau, En.Sannasi menjadi guru besar di sekolah ini. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Pada masa itu terdapat 40 orang murid yang belajar di sekolah ini. Kemudian beliau bertukar ke SJKT Gemas. Pada ketika itu Pn.Krishnamal telah memegang jawatan guru besar untuk sementara waktu. Pada tahun 1981 En.Marimuthu menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada masa itu, 4 orang guru telah bekerja di sekolah ini. Selepas kedatangan beliau sekolah ini mendapat satu lagi bangunan baru dengan 4 buah kelas, 1 bilik untuk pejabat. Pada masa itu seramai 85 orang murid belajar di sekolah ini. Pada tahun 1987 En.Marimuthu telah bertukar ke SJKT Tampin. Jawatan itu, diambil alih oleh En.Letchumanan. Sewaktu beliau berkhidmat di sekolah ini terdapat seramai 85 orang murid belajar di sekolah ini. Pada 1990 beliau telah bersara diri. Selepas beliau En.Murugaiya telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Beliau telah membina pagar di sekitar sekolah ini. Kemudian beliau telah bertukar ke Johor. Pn.Maimun Binti Abdul Rahman telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Beliau telah mendapatkan peruntukkan untuk membina tandas guru dan murid. Pada akhir tahun 1994, En.S.Vaanimuthu telah menjadi guru besar di sekolah ini. Tetapi beliau tidak lama di sekolah ini. Pada tahun seterusnya iaitu tahun 1995 beliau telah mendapat pertukaran pergi ke SJKT Lalang Regent. Pada tahun 1995 En.Perumal menjadi Guru Besar di sekolah ini. Hasil usaha beliau, sebuah pusat sumber sekolah telah dibina. Pada tahun 1996 seramai 43 orang murid belajar di sekolah ini. Selepas En.Perumal, En.Tamothiran menjadi Guru Besar. Dalam tempoh perkhidmatan beliau, sebuah kolam ikan yang cantik telah dibina. Beliau telah bertukar ke AJKT Air Kuning. Cik.Thenmoly menjadi Guru Besar pada tahun 1998. Dengan bantuan NLFCS sekolah ini mendapat 2 komputer dan sebuah pencetak dengan percuma. Pada masa itu seramai 40 orang murid belajar di sekolah ini. Pada tahun 2000 bulan Disember Guru Besar bertukar ke negeri Selangor. Seterusnya, Pn.Saraswathy telah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada masa itu seramai 40 orang murid belajar di sekolah ini. Beliau telah mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan berjumlah RM 40 000. Bantuan ini telah digunakan untuk memperbaiki bangunan sekolah dan membina sebuah bilik kemahiran hidup. Pada 16.06.2002 beliau bertukar ke SJKT Chembong. En.Velu telah mengambil tugas sebagai guru besar pada Jun 2002. Beliau berkhidmat dari tahun 2002 hingga 15 Mac 2008 iaitu selama tujuh tahun. Dalam tempoh beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau telah membuat pelbagai perubahan di sekolah. Kemudian beliau bertukar ke SJKT Air Kuning Selatan. Pada 16.06.2008 En.P.Krishnan telah menjadi guru besar. Beliau telah membuat permohonan untuk penyelenggaran bangunan. Usaha beliau membawa kejayaan. Sekolah telah mendapat RM 220 000.00 dari Jabatan Kerja Raya untuk penyelenggaran bangunan bagi tahun 2009. Setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah ini, beliau mendapat pertukaran ke SJKT Kubang.Pn.K.Vasunthi mula bertugas sebagai guru besar di sekolah ini mulai 23.03.2009. Beliau telah membuat pelbagai pembaruan dalam pejabat dan bilik darjah. Dalam pentadbiran beliau sekolah telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun 2010. Sekolah mendapat GPS tertinggi di daerah Tampin iaitu 1.50 dan mendapat tawaran New Deal. Dalam sejarah sekolah , inilah kali pertama mendapat keputusan yang amat banggakan .Beliau masih berkhidmat di sekolah ini sehingga hari ini.

bottom of page